AKU PENIAGA AYAM
Assalamualaikum
Baru sempat nak buat blog setelah lama pencen disebabkan busy menguruskan segala urusan.Saya nak ceritakan pengalaman menjadi penjual ayam segar.
Bayangkan sebelum ni saya tak pernah langsung menceburi bidang 'ayam' bermula dengan angan2 akhirnya menjadi reality.Sebelum ni saya mengusahakan syarikat perlancongan iaitu EZIGO HOLIDAY jadi bila PKP segala bisnes kami habis jatuh dan tiada langsung income.
Kami bermula dengan berjumpa dengan beberapa org pengusaha ayam mencari ilmu,membaca di facebook sikit-sikit lame2 kami cuba membeli barang2 mesin.Untuk start bisnes ni perkara pertama kene ade pengalaman at least la 6 bulan tp kitorang xde pengalaman langsung jadi stanby la utk kerugian sikit.
Ok saya start berniaga pada 12/7/2020 dengan nekad nya kami order ayam 300 ekor ayam pada haritu hari pertama ayam datang kecik anggaran 1.3kg-1.5kg dan hampir 80% ayam rosak.Sedih dan rugi kerugian mencecah 2k.😞
Mase tu hampir give up family,kawan-kawan pekerja semua bg support suruh teruskan bayangkan letih penat duit habis mcmtu jadi kami teruskan demi pekerja dan anak2 utk menyara hidup.Setiap malam sebelum tidur saya menangis takut dan bercampur baur perasaan.Saya sejukkan hati nak ckp dlm hati nak jadi jutawan mmg mcmni saya kene kuat 💪
Pada permulaan kami target walk in customer tapi kalau walk in dia ade pasang surut jadi sales x consistant jadi kami mula promote utk kedai-kedai makan,kantin kilang,catering alhamdulillah tapi....ade tapinya bermulah episod complaint kiranya stage kedua lah tapi bagi saya complaint ni bagus dekat sni saya dapat belajar ape silap saya contoh dari segi potongan ayam,kalau peniaga satey dia nak ayam bulat kalau nasi kak wok dia nak potong 30,kalau kedai nasi campur potong 10 atau 12.
KAMI BERKONSEP BERNIAGA SAMBIL MEMBANTU
Haa nak tau mmg dari awal kami akan buat harga lebih murah dari pasaran kami niat tak nak untang banyak tapi untung sikit dengan margain yg tinggi target kami pada awal dalam 30 bakul- 50 bakul.Sebab ape kami nak kan pelanggan kami dapat makan ayam dgn harga murah dan dijamin 100% halal.Suami saya sendiri yang sembelih dan proses 100% semua pekerja kami Melayu.Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan.
Masa ni first day hantar ayam 100 ekor ke kilang
Aku peniaga ayam

Comments
Post a Comment